My HaPpY FaMiLy..

My HaPpY FaMiLy..

Jumaat, 9 Disember 2011

I NEED YOU NOW!!!

assalamualaikum semue...
sebenarnya saye skrng tngah ade sdikit masalah...so..sye nk kongsikan 1 citer...so...bce larr k...

sempoi..
abg luqman..owg sngt perlukan abg skrng..  [-__-]

KETAKUTAN HAZRAT HANZALAH r.a TERHADAP KEMUNAFIKAN
Hazrat Hanzalah r.a bercerita, "pada suatu ketika,kami berada dalam majlis Rasulullah S.A.W..Baginda S.A.W telah menyampaikan khutbah yang telah menyebabkan hati-hati menjadi lembut dan air mata kami berlinangan.kami juga telah mengenali hakikat diri yang sebenarnya.setelah meninggalkan majlis Nabi S.A.W saya terus pulang ke rumah.anak dan isteri telah datang kepada saya dan bermulalah sedikit perbincangan tentang dunia.s aya mula bercakap dan bergelak tawa bersama anak-anak.saya juga bergurau dengan isteri.keadaan diri saya semasa berada di majlis Nabi S.A.W tadi telah hilang.dengan tiba-tiba saya terfikir, "apakah keadaan diri saya sebentar tadi dan sekarang apakah yang telah berlaku??.."
     saya telah berkata dalam hati, "kamu telah munafik.pada zahirnya di hadapan Rasullullah S.A.W keadaan kamu berlainan dan apabila pulang sahaja ke rumah,keadaan telah berudah menjadi begini.."..
     ini menyebabkan saya tersangat sedih lalu keluar dari rumah sambil berkata, "wahai hanzalah,kamu telah menjadi munafik.."
     Hazrat Abu Bakar r.a sedang datang dari arah hadapan.saya memberitahu beliau, "Hanzalah telah munafik.."..
     setelah beliau mendengar kata-kata tersebut beliau terus berkata, "Subhanallah!!..apa yang kamu kata?sekali-kali tidak akan berlaku demikian.."
     saya telah menerangkan kepada beliau, "sewaktu kita berada dalam majlis Nabi S.A.W,apabila Nabi S.A.W menceritakan keadaan syurga dan neraka,terasa seolah-olah kedua-dua tempat itu berada di hadapan  kita.apabila keluar dari majlis Baginda S.A.W dan pulang ke rumah,kita sibuk dengan urusan anak,isteri dan harta sehingga kita lupa akan perkara itu.."..
     Hazrat Abu Bakar r.a pun berkata, "ini juga berlaku kepada  kami sekeluarga.."oleh sebab itu,kami berdua pergi berjumpa Nabi S.A.W..setiba disana,saya telah berkata, "Wahai Rasullullah,saya telah menjadi munafik.."
     Baginda S.A.W bertanya, "apakah yang sudah berlaku???.."
    saya pun menerangkan, "sewaktu kami berada dalam majlis tuan dan tuan menceritakan tentang syurga dan neraka maka kami  terasa seolah-olah kedua-dua tempat itu berada dihadapan kami.apabila kami meninggalkan majlis tuan lalu sibuk bersama anak,isteri, serta urusan rumah tangga maka keadaan itu terus dilupakan.."
     Baginda S.A.W bersabda, "demi zat yang jwaku dalam genggamanNya.sekiranya setiap waktu keadaan kamu sama seperti ketika berada di hadapanku maka para malaikat akan bersalaman dengan kamu walaupun diatas hamparan tidur dan sewaktu dalam perjalanan.walau bagaimanapun,wahai Hanzalah,keadaan itu jarang-jarang sekali berlaku.."..(ihya'-'Ulumuddin dan muslim)..


KETERANGAN:
     Setiap insan mempunyai hajat-hajat kemanusiaan yang penting untuk ditunaikan seperti makan,minum,isteri dan anak-anak..oleh sebab itu,keadaan yang dialami oleh Hazrat Hanzalah r.a berlaku sekali-sekala sahaja,bukanlah sepanjang masa dan keadaan itu juga tidak boleh diharap akan berterusan..keadaan sedemikian itu hanya terdapat pada malaikat yang tidak mempunyai apa-apa urusan lain..tidak ada anak dan isteri,tidak ada fikir untuk mencari rezeki dan tidak fikir hal-hal keduniaan..oleh sebab dalam diri insan terdapat hajat-hajat kemanusiaan maka dia tidak boleh kekal dalam hanya satu keadaan.
     namun demikian,perkara yang perlu direnungkan ialah betapa para sahabat r.a mengambil berat tentang agama mereka..hanya kerana perkara yang kecil iaitu keadaan yang wujud ketika bersama Nabi S.A.W tidak dapat dikekalkan selepas pulang ke rumah,beliau telah menganggap dirinya sebagai munafik..
     "Cinta dan sayang akan menimbulkan berbagai-bagai kerisauan terhadap orang yang dikasihi.."..
     apabila anak lelaki yang disayangi bersafar ke mana-mana maka sibapa akan risau tentang keselamatan anaknya sepangjang masa..sekiranya diketahui bahawa ditempat itu berlaku wabak taun atau huru-hara,hanya allah subhanahuwata'ala yang tahu betapa banyak surat dan telegram akan dihantar kepada anaknya itu.. 

*
*
*
*
*
cerite nie..abg aq pernah suruh aq hayati..tetapi..pade mulenyer..aq sngt2 x pham ape maksod disbalik cerite nie..tp...bile aq ade problem..msti aq akan teringat kt abg luqman aq..aq SANGAT RINDUKAN DYE..daa lame x dengar suare dye..dulu bile aq ade mslah,mesti aq citer at dye..coz dye suke bagi nasihat kat aq..n suke tego aq secare baik2 n dye lembut jerr bile menego..tapi...skrng aq sdng ade masalah..so..aq sngat memerlukan dye...tadi..tibe2 aq teringat kisah yang dye pernah suruh aq pahamkan..jadik..tadi aq bace balek kisah 2..n aq terus paham ape yang sebenarnyer kisah tu cube tok sampaikan..n alhamdulillah..hilang siket rindu aq pade dye..so..cerite tu telah mengingatkan aq..bahawe semue yang berlaku didunia ni telah ditentukan oleh ALLAH..setiap yg berlaku,ade hikmahnyer..so..bile ade mslah..kite x ley larr stret merasekan diri kite nie x gune..malah kite kenalah bersemangat untok menyelesaikan mslh..walaupown bgi kite mnguruskan mslh tu sngt sukar..tp..kite kene gak pikey yg ALLAH sentiase ade bersame kite disaat kite suke mahupon duke..tp..kite???..adekah kite sentiase bersame ALLAH disaat kite suke??..lumrah manusia..semase senang lupekan ALLAH yg telah mmberi senang tu untok kite..tp...bile susah??..kite msti ingat kt ALLAH..samelah macam nabi muhammad saw bersabda..bahawe manusia x kan sentiase berade didalam 1 keadaan..so..renung2 kan k..  ^_^

4 ulasan:

Amirah Fisra berkata...

syukran :D

nao ryuki berkata...

gambar aku tuh ta comel tp . trima kasih la . ade gak owg yg sudi amek gamba aku :)

Tanpa Nama berkata...

salam....

entri yang terbaik..

YYDJ 0501 berkata...

makashi semuew...
^__^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...