My HaPpY FaMiLy..

My HaPpY FaMiLy..

Isnin, 12 November 2012

Apa Itu IKRAM TEENS..


Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.
Dasar IKRAM ialah ISLAM dan asas pegangannya ialah Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' dan Ijtihad.
IKRAM telah dilancarkan pada 20 jun 2010 di Malaysia International Exhibition and Convention Centre, Seri Kembangan. IKRAM lahir hasil gabungan ahli daripada lima NGO yang selama ini bergerak berdasarkan pengkhususan masing-masing. NGO terbabit, Medical Interest Group Sdn Bhd (MIGSB), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) dan Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS). Aqsa Syarif Berhad (AQSA SYARIF) yang baru ditubuhkan Februari 2010 menjadi NGO kelima yang bernaung di bawah IKRAM. Setakat hari pelancarannya sahaja, IKRAM telah mempunyai 69 cawangan daerah dan 14 cawangan negeri di seluruh negara, manakala bilangan ahli-ahlinya sudah menjangkau 3500 orang. Jumlah ini dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Pelancaran IKRAM telah disempurnakan oleh Presidennya, Al Ustaz Dr Mohd Parid Syeikh Ahmad.
Daerah-daerah cawangan bagi IKRAM Melaka adalah:
  • IKRAM Bandar Melaka
  • IKRAM Alor Gajah
  • IKRAM Jasin

Visi dan Misi

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:
  1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
  2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
  3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam; Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
  4. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
  5. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
  6. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
  7. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...