My HaPpY FaMiLy..

My HaPpY FaMiLy..

Isnin, 10 Disember 2012

SATU PEMBOHONGAN..


     Di suatu malam yang larut ketika hujan turun,aku membawamu kembali dalam ingatanku.Aku pernah berjanji pada diriku sendiri bahawa aku akan baik-baik saja tanpamu, tapi aku tidak berdaya. Aku melakukan segala benda yang dimana aku tak tahu bagaimana cara untuk mengatasi semua ini, mencuba untuk mengisi hatiku yang hampa. Satu hari tanpamu itu terlalu lama bagiku. Aku berdoa memohon agar aku bisa melupakanmu tetapi itu adalah kebohongan bagi diriku..
     Tanpamu kebahagiaan takkan boleh ditemukan dalam diriku. Sehinggalah aku menitiskan air mata dan Aku tak ingin hidup lagi begini.Ya!!!..ini semua cuma kate2 kosong dari diriku, yang membuatkan diriku begitu marah. Aku menjadi gila memikirkanmu. Aku ingin bertemu denganmu, Tetapi aku memberitahu diriku sendiri bahawa aku tidak boleh berkelakuan sebegitu, bahawa ini semua sudah berakhir dan aku juga akan berada di SANA..




     Sungguh maafkan aku, ungkapan "aku mencintaimu" itu semua adalah pembohongan belaka. Aku tidak tahu mengapa, Tetapi sekarang aku tahu bahawa aku memerlukanmu.Tolong maafkan aku.Aku mencintaimu dan dengan kemarahan aku jualah, aku telah mengusirmu dengan kata-kata yang tajam dan aku mahu kamu tahu yang aku tak menyedarinya.Sungguh maafkan aku,kerana aku masih mencintaimu,akankah kamu pergi dan melupakanku perlahan-lahan??..Sehinggakan diri aku berada dalam kesakitan??..
     Aku mendedikasikan semua perasaanku dalam kata2 ini dan orang lain mungkin tak tahu bahawa kata2 ini daripada diriku sendiri...yahhh...tanpa diketahui oleh orang lain.. Tetapi,seseorang yang kesepian tertinggal di tengah2 masalah ini. Di dalam begku ada satu surat perpisahan yang terlipat dalam keadaan yang sangat buruk,Hey!!..selalunya aku memanggilmu dan bertanyakan dimana dirimu sekarang sebenarnya..Kerana aku ingin mengatakan yang aku akan berubah. Tetapi,aku tahu..semua orang akan mentertawakan segalanya bermula dari hari itu..

     Aku sangat berharap ini semua hanyalah mimpi buruk dalam hidupku..Kerana aku insan yang hanya membuang segala kasih sayang yang diberi dan menambahkan masalah sehingga menjadi sebanyak ini.. Tetapi,aku masih tidak dapat melupakanmu..Tidak!!!...aku tidak pernah berfikir bahawa aku akan dapat melupakanmu.. Walaupun sudah tiba pada hari kematianku..ya..hari kematian ku..Apakah luka yang kuberi sendiri akan hilang??.. Maafkan aku kerana aku tak pernah dapat melakukan apapun untukmu..

Tetapi,apa yang boleh kau katakan setelah semua ini berlaku??...
"aku benci pada cinta dan Kenangan tentang kita adalah satu kebohongan bagiku"..


................T__T.................

2 ulasan:

nao ryuki berkata...

err . cer ringkaskan . aku ta berapa faham . hihi

YYDJ 0501 berkata...

paham2 sendiri sudey!!
huihuihui~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...